Monday, June 4, 2012 1 comments

SELOKA HARI GURU 2012


SELOKA HARI GURU SKAJ 2012

ASSALAMUALAIKUM SALAM DI BERI,
KEPADA SEMUA CIKGU-CIKGU,
HALAMAN SELOKA  6A  KAMI PAPARKAN,
HANYA SEKADAR SENDA DAN GURAUAN.

PUCUK PIMPINAN SKAJ GEMILANG,
PN NORSIAH PEMIMPIN DIJULANG.
PN SITI MERIAM SI TULANG BELAKANG,
JADIKAN SKAJ LEBIH CEMERLANG.

BERBUSANA INDAH LAMBANG MUSLIMAH,
PN SURAYA PANTANG MENYERAH.
LEGASI KO-KO TANGGUNGJAWAB  DIBERI,
CIKGU YUSOF SETIA BERBAKTI.

SAINS DAN MATEMATIK KEPAKARAN DIRI,
CIKGU SALMA DAN CIKGU FADZILAH SENTIASA DISEGANI.
USTAZAH SUHAIDA LURUS ORANGNYA,
ANUGERAH ISTERI MITHALI MENJADI IDAMANNYA.

PUAN BARATHI SENYUM BERSERI,
CORAL SPEAKING DAN ACTION SONG BIDANG YANG DIGEMARI.
MAZDA X2 KERETA PEMBERIAN SUAMI,
MENJADI KESAYANGAN PN ROHANI.

SENTIASA CERIA DAN BAIK HATI,
TEACHER NOORFARAH MESRA SEKALI.
ILMU  BALAQHAH DAN BEDO’AH ‘JUST’ PETIK JARI,
USTAZ ASSHAARI TAK PERNAH LALI.



NASIHAT DIBERI JADI PEDOMAN,
PN LIZAWATI KAUNSELOR BUDIMAN.
APA KURANGNYA PN JAMILAH NAPIAH,
‘PROBLEM’ PELAJAR MENJADI SANTAPAN.

AGAMA ISLAM MENJADI LANDASAN,
USTAZAH NAZLINA MEMBERI PANDUAN.
PN VIJAYA PENUH PENGALAMAN,
PUSAT BOWLING MENJADI TUMPUAN.

SEGAK BERGAYA ENCIK ROSLI,
BERMISAI TEBAL DIGERUNI SEKALI.
USTAZAH ROSLINA PANDANGANNYA TINGGI,
AL QURAN NUL KARIM KEMAHIRAN DIRI.

HENSEM, MACHO, KACAK DAN TINGGI,
NAMUN, SEORANG PUN TAK PERKENALKAN DIRI.
‘STRICT’ DAN ‘HUMBLE’ SENTIASA TELITI,
CIKGU ZURINA MAT YATIM IDENTITI TERSENDIRI.

MENGAJAR BAHASA AMANAH DIBERI,
CIKGU MAT ISA SUDAH BERISTERI.
CIKGU ROZALINDA AYU SEKALI,
HABISKAN MASA DIBILIK  ICT.

DAHULU PRA SEKARANG TAHAP 1,
ITULAH DIA PN ROSNANI YANG SATU.
KWAPM  PELAJAR TUGAS SAMPINGANNYA,
USTAZAH NORLIANA ITULAH ORANGNYA.





BERBUDI BAHASA SUKAN BERSUKAN,
PN MARZITA PUNYA GERANGAN.
MURAH SENYUMAN MESRA ORANGNYA,
PN SAREEN TAK MUDAH DIDUGA.

ULAM –ULAMAN MENJADI SANTAPANNYA,
AWET MUDA ITULAH GELARANNYA.
CIKGU JAMIL PENUH BERGAYA,
BERMAIN SERULING MENJADI HOBINYA.

CIKGU SHUKRI LAIN PULA CERITANYA,
PHOTOGRAPHER BERJAYA GELARAN DICITA.
CIKGU ZAIZA PAKAR NIAGA,
NAMPAK BUJANG TAPI SUDAH BERPUNYA.

USTAZ ARIF SETIA ORANGNYA,
MENUNGGU CINTA SI GADIS JELITA.
USTAZAH MAISARAH PENUH RAHSIA,
NAMPAK BIASA TAPI TEGAS ORANGNYA.

CIKGU TAN HOI KEEM SENTIASA DICURIGA,
STILL SINGLE KE ATAU SUDAH BERPUNYA.
CIKGU RIZAL SERIUS ORANGNYA,
MEMBUATKAN MURID TAAT DAN SETIA.

SUSU DUTCH LADY MENJADI ‘FAVOURITE’NYA,
USTAZAH CTO ITULAH GELARANNYA.
IBU DIA, CIKGU PUN DIA,
PN NAZIAH GENIT ORANGNYA.


DARI JENGKA DATANG KEMARI,
USTAZAH SUZITA RILEK SEKALI.
BERKULIT GEBU ANGGUN SEKALI,
PN JULIZA TELOI MARI.

HANDPHONE DAN GADJET BENDA YANG DIMINATI,
PN NOOR HAFIZAH NAMA DIBERI.
PN RABITAH  NAMPAK GARANG JIKA TAK DIDEKATI,
JIKA DIKENALI , RAMAH SEKALI.

PN RASUNA SPORTING ORANGNYA,
HAMPIR NAK PENCEN MASIH JELITA.
CIKGU ZURINA CHE DIN LAIN CERITA,
BERSOPAN SANTUN, LEMBUT TUTUR KATA.

SUKA BERJENAKA TAK KIRA MASA,
CIKGU LOKMAN RAMAI TEMANNYA.
USTAZAH CT HAJAR INDAH PARASNYA,
MENJADI GURU JQAF ITULAH PILIHANNYA.

RAMAH DAN MESRA ITULAH SIFATNYA,
PN ZURAIDA , PENYAYANG ORANGNYA.
BERAMBUT PANJANG, COMEL DAN JELITA,
PN LEELA PENDIAM ORANGNYA.

PN NORHANA PALING GLAMOUR,
SENTIASA UP TO DATE PAKAIAN DAN KERETA.
USIA TUA BUKAN MASALAHNYA,
MR PAUL SENTIASA DENGAN MEN’NYET’NYA.



CIKGU KAMAL BUKAN LELAKI BUAYA,
SETIA PADA YANG SATU ITULAH PRINSIP HIDUPNYA.
CIKGU NORHASHIMAH ADA KEPAKARANNYA,
NAMPAK PENDIAM, CUP CAKE MENJADI KESUKAANNYA.

KECIL TUBUHNYA , MANIS RUPANYA,
CIKGU ROSBAINA BIJAK BERGAYA.
USTAZAH SAKIRAH ISTERI SETIA,
LEKA MELAYAN ANAK BUJANGNYA.

CIKGU SITI KHATIJAH Z.A ITULAH SINGKATANNYA,
KETUA PANITIA B.I DISANDANG OLEHNYA.
CIKGU SUNDRAMBAL SELAMBA ORANGNYA,
BERSIFAT PENYAYANG DENGAN ANAK TUNGGALNYA.

CIKGU SEETHA PRODUKTIF ORANGNYA,
SETIAP TAHUN, MENDAPAT CAHAYA MATA.
USTAZAH SITI HALIJAH PENDIDIK BESTARI,
BILA MENGAJAR TEKUN SEKALI.

ORANGNYA LEMBUT RAJIN BEKERJA,
CIKGU RODZIAH PUNYA KARAKTER.
SENI LUKISAN CITA DITUJU,
CIKGU RODZHAN SENTIASA MAJU.

MENGAJAR DIKELAS KEBANGGAAN KAMI,
CIKGU SALASIAH HEBAT SEKALI.
PROGRAM AGAMA DIALAH PENERAJU,
USTAZAH TAHIRAH SENTIASA DI BURU
ANDAI ADA TERKASAR BAHASA,
MOHON MAAF KAMI POHONKAN,
ANGGAPLAH INI SEBAGAI JENAKA,
SATU NOSTALGIA YANG PATUT DIKENANG.

1 Response to SELOKA HARI GURU 2012

May 24, 2017 at 11:40 PM

Salam..pantun yang menarik.mohon share ye cikgu..terima kasih.

Post a Comment

PENAFIAN :
Pengurusan SK Alma Jaya tidak bertanggungjawab terhadap
sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan
maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
SK ALMA JAYA
Jalan Rodzhan,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
Tel : 04-5512122
Email : skalmaj@streamyx.com