Sesi permulaan sekolah penggal 2 bermula dengan insiden yang amat mengejutkan seluruh warga sekolah..pada hari Isnin (11 Jun 2012) jam 7 pagi, sebuah bilik yang dulunya merupakan bilik peperiksaan dan kini dihuni oleh beberapa orang guru telah terbakar dipercayai berpunca daripada litar pintas. Syukur tiada kemalangan jiwa berlaku dan semua murid berkumpul dengan selamat di padang sekolah. Terima kasih kepada pihak bomba Bukit Mertajam yang cekap dan pantas memadamkan api sebelum ia merebak.

No Response to "Ni realiti bukan latihan kebakaran..."
Post a Comment