Sekolah Kebangsaan Alma Jaya terletak kira-kira 5 kilometer dari bandar Bukit Mertajam. Mula beroperasi pada 2 Januari 1996 dengan jumlah murid seramai 191 orang.
Sekolah Kebangsaan Alma Jaya dikategorikan sebagai sekolah luar bandar gred B dikelilingi oleh taman-taman perumahan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
Murid-muridnya terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Murid-murid yang mula bersekolah di sini berasal dari sekolah berhampiran iaitu Sekolah Kebangsaan Alma dan Sekolah Kebangsaan Juara. Mereka terdiri daripada murid-murid Tahap 1yang tinggal di taman perumahan yang berhampiran.
Guru pertama yang bertugas di sekolah ini ialah Tuan Haji Ramli bin Haji Keriya. Pada awal pembukaan, guru yang bertugas adalah seramai 13 orang guru dan kakitangan bukan guru pula seramai 5 orang terdiri daripada seorang Pembantu Tadbir N9 dan 4 orang Pembantu Rendah Awam (PRA).
Program Prasekolah dimulakan pada tahun 2003 dengan 2 orang guru dan 50 orang murid. Pada tahun 2005 seramai 208 orang murid dari Tahap 1 dipindahkan ke sekolah baru iaitu Sekolah Kebangsaan Machang Bubuk 2.Walaubagaimanapun, Sekolah Kebangsaan Alma Jaya masih lagi menjadi pilihan di kalangan ibubapa. Kini murid-murid Sekolah Kebangsaan Alma Jaya telah mencecah angka 950 orang.
PENGERTIAN LOGO
MERAH
Keberanian menempuh cabaran di dalam bidang atau lapangan
KUNING
Melambangkan kesetiaan kepda raja dan Pemerintah
BIRU
Perpaduan warga sekolah
BENTUK BULAT
Melambangkan antara permuafakatan antara warga sekolah
PADI
Merupakan makanan asas penduduk Malaysia
BUKU
Melambangkan ilmu yang mesti dituntut
OBOR
Melambangkan guru yang sanggup berkorban di dalam usaha mencurahkan ilmu kepada pelajar-pelajarnya
TIGA BULATAN BULATAN KECIL BERANGKAI
Melambangkan tiga kaum utama di Malaysia dan pelajar SK Alma Jaya yang bersatu hati
MOTTO SEKOLAH
BERILMU, BERBUDI, BERBAKTI
Berilmu
Melahirkan pelajar yang berpendidikan dan berilmu pengetahuan
Berbudi
Mengamalkan sikap tolong-menolong
Berbakti
Sentiasa bersedia berkhidmat kepada sekolah, bangsa, agama dan negara
FALSAFAH SEKOLAH
Satu usaha yang berterusan untuk melahirkan :-
- Individu yang berilmu dan bepengetahuan
- Individu yang mantap dari segi intelek, rohani dan jasmani
- Individu yang bertoleransi, bertanggungjawab dan berwawasan
- Insan kamil, unggul, cemerlang dan beketrampilan berteraskan kepercayaan kepada tuhan
- Sikap saling hormat menghormati tanpa mengira perbezaan kepercayaan dan kemuliaan
PIAGAM PELANGGAN
Bahawa kami warga SK Alma Jaya dengan ini berjanji akan memberikan perkhidmatan yang baik kepada :
MURID :
- Memastikan semua murid menerima pengajaran dan pembelajaran mengikut masa yang ditetapkan.
- Semua murid akan dilayan dengan adil tanpa mengikut kaum dan agama.
- Pertukaran keluar masuk akan diuruskan dalam tempoh 2 hari.
- Bantuan akan diberikan kepada mereka yang layak.
- Berpeluang menyertai semua program sekolah di peringkat daerah, zon, negeri dan kebangsaan bagi yang layak.
GURU & STAF :
- Belajar dan bekerja dalam suasana kondusif.
- Memastikan pengesahan perlantikan dan emolument dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan.
- Menerima latihan dalaman untuk peningkatan kendiri.
- Mengajar mengikut opsyen.
- Maklumat pekeliling perkhidmatan dihebahkan mengikut kehendak stake holder.
- Membina kerjasama erat di kalangan warga sekolah.
WARIS :
- Akan dilayan sama adil tanpa mengikut status.
- Setiap aduan akan disiasat dan diselesaikan dengan segera.
- Membina pertimbangan yang adil demi pemantapan akademik.
STAKE HOLDER :
- Mematuhi arahan KPM, JPNM,PPD
- Mengambil tindakan terhadap semua surat menyurat dan arahan diterima mengikut stake holder
MERCUTANDA SK ALMA JAYA
ANUGERAH & PENGIKTIRAFAN
Anugerah Sekolah Terbilang Tahun 2006
ANUGERAH & PENGIKTIRAFAN
Anugerah Sekolah Terbilang Tahun 2006