Laman blog ini didedikasikan khas untuk SK Alma Jaya, Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru yang dihormati, para pelajar dan semua warga sekolah. Saya bersyukur kerana laman blog ini telah berjaya dihasilkan dan amat mengalu-alukan mana-mana pihak yang sudi menyumbangkan artikel, gambar-gambar ataupun info berkaitan SK Alma Jaya untuk disiarkan dalam blog. Lampirkan fail dan hantar ke zalynnda78@yahoo.com.my. Sekian terima kasih.
PARA PENDIDIK
VISI SEKOLAH
SEKOLAH ALMA JAYA CEMERLANG 2015
MISI SEKOLAH
UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI KEPADA PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN ALMA JAYA DALAM MENGHASILKAN PELAJAR YANG BERILMU PENGETAHUAN, JATI DIRI, BERAKHLAK MULIA DAN CERGAS SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
PUNCAK JAYA
ANUGERAH SEKOLAH TERBILANG 2006
ANUGERAH TAWARAN BARU 2011
ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK GRED PURATA MATAPELAJARAN BM PEMAHAMAN UPSR 2013
ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK GRED PURATA MATAPELAJARAN BM PENULISAN UPSR 2013
ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK DALAM SEMUA MATAPELAJARAN UPSR 2013
ANUGERAH PENCAPAIAN AKADEMIK 10 TERBAIK GPS UPSR 2013
ANUGERAH PENCAPAIAN PENINGKATAN GPS MELEBIHI 0.02(SASARAN JPN) UPSR 2013
Tahun ini menyaksikan 4 orang guru dari SK Alma Jaya bertukar sekolah termasuk Puan Guru Besar, Puan Norsiah Ahmad. Sesungguhnya pertukaran mereka amat perit untuk diterima.Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas khidmat dan sumbangan yang diberikan kepada sekolah.Terlalu banyak kejayaan yang dikecapi bersama dalam bidang akademik dan kokurikulum. Walaubagaimanapun perjuangan harus diteruskan. Go SK ALMA JAYA
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1bestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mngintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi VLE.
Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yag telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana-mana, disekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu
Tugasan :
Memberi gambaran Keseluruhan Frog VLE Objektif :
Untuk memastikan guru mempunyai pemahaman umum fungsi navigasi dalam VLE dan boleh menggunakan VLE dengan baik.
Untuk memastikan bahawa guru memahami fungsi-fungsi navigasi pada VLE
Memahami Projek 1BestariNet Projek 1BestariNet mempunyai 2 matlamat :
Menangani masalah kurang minat dan kurang perhatian di dalam bilik darjah.
Mengurangkan jurang perbezaan antara pelajar di Malaysia. ia merupakan penyelesaian bersepadu yang membenarkan fungsi pengajaran dan pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dilakukan melaui Persekitaran Pembelajaran Maya yang berasaskan 'cloud'. Projek ini akan membawa kesan keada 10,000 sekolah di Malaysia.
Tahniah dan syabas kerana sekolah kita adalah di antara 10 000 buah sekolah di seluruh Malaysia yang telah menerima frog VLE. Ini adalah komponen susulan 1bestariNet untuk sekoleh-sekolah yang telah menerima perkhidmatan jalur lebar wayarles (wireless broadband) berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G.
Seperti mana yang cikgu-cikgu sedia maklum, 1bestariNet adalah usaha unggul Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia.
Adalah menjadi kebiasaan bahawa kanak-kanak zaman sekarang mula didedahkan dengan persekitaran maya sejak awal usia. Kebolehan mereka menguasai kemahiran IT membawa mereka ke persekitaran maya yang penuh dengan kreativiti dan berunsur interaktif.
Justeru, cara dan kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran juga harus berubah sejajar dengan citarasa dan minat mereka, untuk memberi kesan positif terhadap pencapaian akademik dan sikap pembelajaran sepanjang hayat anak-anak muda ini
Kesan frog VLE telah terbukti di seluruh dunia, di sekolah-sekolah unggul, termasuklah Alice Smith International School di Kuala Lumpur, Churcill School di United Kingdom, Harrow School di Bangkok dan banyak lagi.
Penggunaan frog VLE berkemampuan untuk memberi kesan dalam pelbagai aspek pentadbiran sekolah, termasuklah yang berikut :
Pentadbiran : Meningkatkan kecekapan pentadbiran untuk guru (umpamanya, fungsi kalendar untuk membolehkan jemputan ke mesyuarat dibuat secara online)
Komunikasi : Memudahkan komunikasi antara pihak-pihak di sekolah (seperti emel dan forum-forum online)
Pengajaran dan Pembelajaran (P &P) : Menggalakkan inovasi dan meningkatkan kecekapan guru-guru melalui penghasilan dan perkongsian kandungan pembelajaran.
Kokurikulum : Menjana penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum.
Frog VLE membolehkan pembelajaran dilakukan pada bila-bila masa, di mana jua sekaligus merapatkan jurang digital antara pelajar luar bandar dan bandar dengan kemudahan pendidikan berteraskan internet yang berkualiti dan bertaraf dunia untuk kemudahan rakyat Malaysia. Apa yang diperlukan ialah sebuah komputer, pelayar (browser) dan sambungan internet.
Semoga kejayaan yang bakal menanti kita akan membawa kecemerlangan kepada anak didik sekolah kita.