Tuesday, December 4, 2012 0 comments

1bestarinet - Frog VLE





Salam Semua Guru,

Tahniah dan syabas kerana sekolah kita adalah di antara 10 000 buah sekolah di seluruh Malaysia yang telah menerima frog VLE. Ini adalah komponen susulan 1bestariNet untuk sekoleh-sekolah yang telah menerima perkhidmatan jalur lebar wayarles (wireless broadband)  berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G.

Seperti mana yang cikgu-cikgu sedia maklum, 1bestariNet adalah usaha unggul Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia.

Adalah menjadi kebiasaan bahawa kanak-kanak zaman sekarang mula didedahkan dengan persekitaran maya sejak awal usia. Kebolehan mereka menguasai kemahiran IT membawa mereka ke persekitaran maya yang penuh dengan kreativiti dan berunsur interaktif.

Justeru, cara dan kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran juga harus berubah sejajar dengan citarasa dan minat mereka, untuk memberi kesan positif terhadap pencapaian akademik dan sikap pembelajaran sepanjang hayat anak-anak muda ini

Kesan frog VLE telah terbukti di seluruh dunia, di sekolah-sekolah unggul, termasuklah Alice Smith International School di Kuala Lumpur, Churcill School di United Kingdom, Harrow School di Bangkok dan banyak lagi.

Penggunaan frog VLE berkemampuan untuk memberi kesan dalam pelbagai aspek pentadbiran sekolah, termasuklah yang berikut :


  • Pentadbiran : Meningkatkan kecekapan pentadbiran untuk guru (umpamanya, fungsi kalendar untuk membolehkan jemputan ke mesyuarat dibuat secara online)
  • Komunikasi : Memudahkan komunikasi antara pihak-pihak di sekolah (seperti emel dan forum-forum online)
  • Pengajaran dan Pembelajaran (P &P) : Menggalakkan inovasi dan meningkatkan kecekapan guru-guru melalui penghasilan dan perkongsian kandungan pembelajaran.
  • Kokurikulum : Menjana penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum.

Frog VLE membolehkan pembelajaran dilakukan pada bila-bila masa, di mana jua sekaligus merapatkan jurang digital antara pelajar luar bandar dan bandar dengan kemudahan pendidikan berteraskan internet yang berkualiti dan bertaraf dunia untuk kemudahan rakyat Malaysia. Apa yang diperlukan ialah sebuah komputer, pelayar (browser) dan sambungan internet.

Semoga kejayaan yang bakal menanti kita akan membawa kecemerlangan kepada anak didik sekolah kita.




No Response to "1bestarinet - Frog VLE"

Post a Comment

PENAFIAN :
Pengurusan SK Alma Jaya tidak bertanggungjawab terhadap
sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan
maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
SK ALMA JAYA
Jalan Rodzhan,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
Tel : 04-5512122
Email : skalmaj@streamyx.com