Tuesday, November 15, 2011
Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah telah diadakan pada hari Jumaat 11 Nov 2011...
Saturday, November 12, 2011
Bertempat di Safira Country Club, Seberang Jaya,12 Nov 2011, Jamuan akhir tahun SK Alma Jaya telah diadakan bermula pada pukul 12.00 tengahhari hingga 3.00 petang.
Pada 2 hingga 4 Nov yang lalu, SK Alma Jaya telah menerima 7 orang warga PKG untuk menjalankan program Khidmat Bantu di Makmal Komputer SK Alma Jaya. Kehadiran mereka sememangnya dinantikan oleh pihak sekolah bagi memastikan makmal komputer SKAJ yang akan menjadi Makmal Bahasa pada tahun depan dapat digunakan dengan lebih berkesan dan memberi manfaat kepada seluruh warga SKAJ. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn. Nabilah, Pn. Faraliza, Pn Norsalha, En.Sarmi Faeez, En.Mohd Faiz, Cik Nur Shafiqah dan Pn. Ariyani. Thanks to all of you.
Saturday, November 5, 2011
Berhubung perkara di atas, Ibu bapa/waris/penjaga tahun 2,3,4,5 dan 6 boleh menyemak keputusan peperiksaan Akhir Tahun anak tuan/puan secara online. Keputusan peperiksaan ini boleh dicapai dengan mengakses laman web di bawah :-
Sila klik menu pilihan ’Semakan IbuBapa’ di sebelah kiri dan masukkan no sijil lahir, pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan.
Pihak sekolah amat berharap agar pihak tuan/puan memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang telah menyediakan kemudahan untuk membolehkan pihak ibubapa/waris/penjaga melihat prestasi pencapaian anak mereka.
Walaubagaimanapun sekiranya berlaku ralat atau kesilapan sewaktu pengisian markah peperiksaan ini terutamanya dalam peperiksaan/ujian terdahulu, keputusan sebenar peperiksaan anak tuan/puan adalah tertakluk kepada buku rekod kemajuan pelajar yang telah diedarkan oleh guru kelas. Harap maklum.
Sebarang pertanyaan atau masalah saya boleh dihubungi di talian 04-5512122 atau emelkan pertanyaan anda di alamat zalynnda78@yahoo.com.my
Sekian terima kasih.
Setiausaha Peperiksaan Dalaman
Jurulatih Utama
Sistem Analisis Peperiksaan
Pulau Pinang