Saturday, November 5, 2011 0 comments

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAGI TAHUN 2 HINGGA 6 DALAM TALIAN

Berhubung perkara di atas, Ibu bapa/waris/penjaga tahun 2,3,4,5 dan 6 boleh menyemak keputusan peperiksaan Akhir Tahun anak tuan/puan secara online. Keputusan peperiksaan ini boleh dicapai dengan mengakses laman web di bawah :-


                             www.saps.moe.gov.my

Sila klik menu pilihan ’Semakan IbuBapa’ di sebelah kiri dan masukkan no sijil lahir, pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan.

Pihak sekolah amat berharap agar pihak tuan/puan memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang telah menyediakan kemudahan untuk membolehkan pihak ibubapa/waris/penjaga melihat prestasi pencapaian anak mereka.


Walaubagaimanapun sekiranya berlaku ralat atau kesilapan sewaktu pengisian markah peperiksaan ini terutamanya dalam peperiksaan/ujian terdahulu, keputusan sebenar peperiksaan anak tuan/puan adalah tertakluk kepada buku rekod kemajuan pelajar yang telah diedarkan oleh guru kelas. Harap maklum.


Sebarang pertanyaan atau masalah saya boleh dihubungi di talian 04-5512122 atau emelkan pertanyaan anda di alamat zalynnda78@yahoo.com.my

Sekian terima kasih. 


Setiausaha Peperiksaan Dalaman
Jurulatih Utama 
Sistem Analisis Peperiksaan
Pulau Pinang

No Response to "SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAGI TAHUN 2 HINGGA 6 DALAM TALIAN"

Post a Comment

PENAFIAN :
Pengurusan SK Alma Jaya tidak bertanggungjawab terhadap
sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan
maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
SK ALMA JAYA
Jalan Rodzhan,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
Tel : 04-5512122
Email : skalmaj@streamyx.com