Dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan sistem pembelajaran maya melalui program FROG VLE kepada murid-murid sekolah. Oleh yang demikian, pihak sekolah berharap tuan/puan dapat membantu anak-anak dalam usaha menggalakkan penggunaan FROG VLE. Berikut merupakan langkah-langkah mengakses FROG VLE.
CARA IBUBAPA MENDAPATKAN ID YES DAN KATA LALUAN
LANGKAH 1 : Sila ke laman web http://www.yes.my dan
klik pada 1Bestarinet
LANGKAH 2 :Klik Retrive my 1BestariNet Yes ID
LANGKAH 3: Masukkan nama penuh dan nombor kad
pengenalan. Kemudian klik cari(search)
LANGKAH 4 : ID Yes akan dipaparkan. Kemudian masukkan
nombor telefon dan alamat emel.
Seterusnya klik kemaskini (update)
LANGKAH 5 :Sila pilih salah satu medium (SMS atau emel)
untuk mendapatkan kata laluan. Kata laluan
akan dihantar melalui SMS ataupun emel,
bergantung kepada pilihan pengguna.
Sekiranya ibubapa/penjaga telah mengikuti langkah-langkah berikut tetapi tidak memperolehi ID Yes, tertera "ID 1BestariNet Ibu Bapa gagal ditemui" (1BestariNet Parent not found), sila emelkan:
a) nama penuh andab) nombor kad pengenalan anda
c) nama anak anda
d) kelas anak anda
kepada kepada vleadmin.PBA0023@Yes.my

No Response to "CARA IBUBAPA MENDAPATKAN ID YES DAN KATA LALUAN"
Post a Comment