Monday, December 31, 2012 0 comments

Selamat Datang Adik-adik Tahun 1....














Wednesday, December 5, 2012 0 comments

Latihan Frog VLE - Pelajar


Kepada Semua Pelajar SKAJ...

a) Untuk memulakan sesi latihan Frog VLE sila taip VLE URL sekolah:



b) Klik pada butang Get startedpaparan di bawah akan tertera



c) Masukkan login id dan kata laluan anda yang diberi oleh guru.

d) Ikuti langkah-langkah dalam video yang disediakan di bawah:-


Gambaran Keseluruhan Frog VLE untuk Pelajar




 




Bagaimana Pelajar Menyiapkan Tugasan (Pelajar)



Langkah Permulaan dengan Frog (Pelajar)




Memperkenalkan The Pond (Pelajar)




Memperkenalkan Frog Student Champions (Pelajar)


  






Tuesday, December 4, 2012 0 comments

Latihan Frog- Untuk Guru


Selamat Datang....

a) Untuk memulakan sesi latihan Frog VLE sila taip VLE URL sekolah:




b) Klik pada butang Get started, paparan di bawah akan tertera


c) Masukkan login id dan kata laluan anda

d) Ikuti langkah-langkah dalam video yang disediakan di bawah:-

Gambaran keseluruhan Frog VLE (Guru)




Bagaimana Mengedit Dashboard Anda (Guru)





Bagaimana Menggunakan Kalendar Anda (Guru)





Gambaran Keseluruhan Kalendar Tempahan (Guru)






Bagaimana Menghasilkan Folder dan Memuat Naik Fail (Guru)





Bagaimana Mengakses E-mel Anda (Guru)






Bagaimana Menghantar Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sebagai Tugasan (Guru)




Bagaimana Menyemak Tugasan (Guru)




Bagaimana Menggunakan Dashboard Sekolah untuk Komunikasi (Guru)




Bagaimana Menghasilkan Sebuah Forum Perbincangan (Guru)




Bagaimana Laman Bidang dan Mata Pelajaran digunakan di sekolah (Guru)




Bagaimana Membina Laman Bidang dan Mata Pelajaran (Guru)



Bagaimana Berkongsi Laman Bidang dan Mata Pelajaran (Guru)





Bagaimana Menghasilkan Sebuah Laman Kokurikulum (Guru)





Bagaimana Menggunakan tagging?

  




Bagaimana Mengekspot data tugasan (Guru)







"Bersama ke arah Transformasi dalam Pendidikan"









Gambaran Keseluruhan Frog VLE - Untuk Guru









Pengenalan :

Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1bestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.



Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mngintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi VLE.



Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yag telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana-mana, disekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu



Tugasan :


Memberi gambaran Keseluruhan Frog VLE

Objektif :


  • Untuk memastikan guru mempunyai pemahaman umum fungsi navigasi dalam VLE dan boleh menggunakan VLE dengan baik.
  • Untuk memastikan bahawa guru memahami fungsi-fungsi navigasi pada VLE

Memahami Projek 1BestariNet

Projek 1BestariNet mempunyai 2 matlamat :


  • Menangani masalah kurang minat dan kurang perhatian di dalam bilik darjah.
  • Mengurangkan jurang perbezaan antara pelajar di Malaysia. ia merupakan penyelesaian bersepadu yang membenarkan fungsi pengajaran dan pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dilakukan melaui Persekitaran Pembelajaran Maya yang berasaskan 'cloud'. Projek ini akan membawa kesan keada 10,000 sekolah di Malaysia. 

 

1bestarinet - Frog VLE





Salam Semua Guru,

Tahniah dan syabas kerana sekolah kita adalah di antara 10 000 buah sekolah di seluruh Malaysia yang telah menerima frog VLE. Ini adalah komponen susulan 1bestariNet untuk sekoleh-sekolah yang telah menerima perkhidmatan jalur lebar wayarles (wireless broadband)  berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G.

Seperti mana yang cikgu-cikgu sedia maklum, 1bestariNet adalah usaha unggul Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia.

Adalah menjadi kebiasaan bahawa kanak-kanak zaman sekarang mula didedahkan dengan persekitaran maya sejak awal usia. Kebolehan mereka menguasai kemahiran IT membawa mereka ke persekitaran maya yang penuh dengan kreativiti dan berunsur interaktif.

Justeru, cara dan kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran juga harus berubah sejajar dengan citarasa dan minat mereka, untuk memberi kesan positif terhadap pencapaian akademik dan sikap pembelajaran sepanjang hayat anak-anak muda ini

Kesan frog VLE telah terbukti di seluruh dunia, di sekolah-sekolah unggul, termasuklah Alice Smith International School di Kuala Lumpur, Churcill School di United Kingdom, Harrow School di Bangkok dan banyak lagi.

Penggunaan frog VLE berkemampuan untuk memberi kesan dalam pelbagai aspek pentadbiran sekolah, termasuklah yang berikut :


  • Pentadbiran : Meningkatkan kecekapan pentadbiran untuk guru (umpamanya, fungsi kalendar untuk membolehkan jemputan ke mesyuarat dibuat secara online)
  • Komunikasi : Memudahkan komunikasi antara pihak-pihak di sekolah (seperti emel dan forum-forum online)
  • Pengajaran dan Pembelajaran (P &P) : Menggalakkan inovasi dan meningkatkan kecekapan guru-guru melalui penghasilan dan perkongsian kandungan pembelajaran.
  • Kokurikulum : Menjana penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum.

Frog VLE membolehkan pembelajaran dilakukan pada bila-bila masa, di mana jua sekaligus merapatkan jurang digital antara pelajar luar bandar dan bandar dengan kemudahan pendidikan berteraskan internet yang berkualiti dan bertaraf dunia untuk kemudahan rakyat Malaysia. Apa yang diperlukan ialah sebuah komputer, pelayar (browser) dan sambungan internet.

Semoga kejayaan yang bakal menanti kita akan membawa kecemerlangan kepada anak didik sekolah kita.




PENAFIAN :
Pengurusan SK Alma Jaya tidak bertanggungjawab terhadap
sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan
maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
SK ALMA JAYA
Jalan Rodzhan,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
Tel : 04-5512122
Email : skalmaj@streamyx.com