Wednesday, May 30, 2012 0 comments

Yang terkini.....




Pada 25 Mei 2012, berlangsung Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, acara dimulakan dengan sesi bergambar, berarak, bacaan ikrar dan upacara memotong pulut kuning. Majlis juga diserikan dengan acara sukaneka, bagi guru wanita acara boling berirama dan guru lelaki pula kayuh basikal lambat.Selepas rehat, persembahan daripada para pelajar menyerikan lagi suasana.

Friday, May 18, 2012 0 comments

BOWLING HARI GURU 2012


Bertempat di Summit Bukit Mertajam...hari Jumaat jam 3.00 petang....



















Wednesday, May 16, 2012 0 comments

SELAMAT HARI GURU 2012


Tahun ini kita di antara 412,000 warga pendidik seluruh negara menyambut Hari Guru 2012 bertemakan GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. Apakah yang dimaksudkan dengan guru inovatif? Apa pula perancangan transformasi pendidikan negara? Guru Inovatif bermaksud warga pendidik tidak perlu terlalu bergantung kepada cara dan pendekatan yang ada, kita perlu mencari satu pendekatan dan strategi-strategi baru bagi menjayakan transformasi pendidikan. Semua ini hanya perlu dicapai apabila kita sebagai guru bersikap inovatif supaya kita menjadi lebih baik daripada orang lain.

Kementerian Pelajaran di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melakukan transformasi pendidikan yang menjadi pendidikan di negara kita lebih cemerlang. Antaranya KSSR, pemansuhan PMR selepas 2014, pentaksiran UPSR yang menggunakan 60% keputusan peperiksaan dengan baki 40%  berasaskan taksiran sekolah. Kita semua sedia maklum, untuk melaksanakan semua transformasi pendidikan ia sebenarnya bergantung kepada kekuatan kita sebagai guru. Sebab itu guru inovatif itu penting supaya lonjakan transformasi itu boleh dilakukan lebih jauh.

Oleh itu, ayuh seluruh warga guru SKAJ lakukan perubahan demi anak-anak murid kita, kita kena sentiasa cari pendekatan baru termasuk menggunakan inisatif sendiri dalam sesi pembelajaran dan pengajaran iaitu bagaimana mendidik mengunakan METODOLOGI terkini. Jika kita kreatif dan inovatif murid-murid kita akan lebih terhibur. Apabila tema inovatif dan transformasi itu digabungkan, sistem pendidikan akan lebih maju. Usahlah kita menjadi guru yang bengis, yang kononya ditakuti oleh anak-anak murid kita, sebaliknya ia lebih bermakna seandainya kita adalah guru penyayang. Guru penyayang yang senatiasa mementingkan kualiti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan situasi masa kini.

Cabaran guru masa kini tidak sama dengan masa dulu. Kita terpaksa berdepan dengan ibu bapa yang mempunyai pendidikan, tahu hak mereka dan sentiasa menuntut banyak perkara. Ibu bapa semakin berani menggunakan pelbagai saluran untuk bersuara dan memberi tekanan termasuk melalui PIBG. Usahlah kita mengamuk/melenting apabila kita ditegur oleh pihak2 tertentu. Sebaliknya kita haruslah sentiasa memperbaiki setiap kelemahan yang wujud dan mempertingkatkan mutu pengajaran. Jadikan ia sebagai cabaran dalam profesion perguruan masa kini, walaupun kita dibebani dengan berbagai2 tugasan yang sebenarnya banyak meringankan tugasan guru akhirnya (tetapi tidak difahami oleh sesetengah guru!!!) ia sepatutnya tidak mematahkan semangat kita untuk memajukan diri sebagai guru yang cemerlang.

Akhir kata, jadilah guru yang inovatif dan juga guru penyayang. Terima kasih.
SELAMAT HARI GURU.


  Menunggu Siaran Langsung Perutusan Khas Sempena Hari Guru 2012 di RTM1


 Ustaz Asshaari bersama dengan bekas-bekas pelajar SKAJ yang telah tamat SPM 2011

  Cikgu Rabitah bersama bekas murid tersayang SKAJ

Terima kasih atas ingatan Hari Guru daripada Umno Bahagian Bukit Mertajam


Istimewa kek daripada Ustazah Nazlina buat rakan-rakan guru

Sunday, May 13, 2012 0 comments

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2012


RASIONAL

Kem ini bertujuan membekalkan motivasi dalam diri setiap pelajar dan juga menerapkan nilai-nilai kerohanian kepada murid-murid tahun 6 agar menjadi pelajar yang mempunyai semangat dan azam untuk berjaya khususnya dalam peperiksaan UPSR 2012. Selain itu kem ini juga diharapkan dapat membentuk peribadi yang unggul dalam diri setiap pelajar.



MATLAMAT


Pembentukan sahsiah diri kearah kecemerlangan diri




OBJEKTIF
  • Memberi kesedaran kepada peserta akan tanggungjawav yang dipikul sebagai pelakar terhadap diri, keluarga dan sekolah.
  • Meningkatkan jati diri murid ke arag lebih cemerlang
  • Memberi kesedaran mengenai kepentingan menjaga masa sebagai pelajar


SASARAN
·        Semua murid tahun 6 


TARIKH DAN MASA

Tarikh       :           11 Mei 2012
 Hari         :           Jumaat
 Masa        :           3.00 
Tempat     :           SK Alma Jaya


PENCERAMAH 

  • En.Abu Bakar bin Shafie, Kaunselor Berdaftar SK Telok Ayer Tawar, Butterworth
  • Pensyarah dan Pelajar dari Institut Perguruan Tuanku Bainun, Bukit Mertajam



Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar program ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama dari semua waris, penjaga dan juga semua guru-guru. Semoga program ini mencapai objektif seperti yang diharapkan.

















Jadual Peperiksaan PKSR 1





SEMOGA BERJAYA

Minggu Ulangkaji




PENAFIAN :
Pengurusan SK Alma Jaya tidak bertanggungjawab terhadap
sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan
maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
SK ALMA JAYA
Jalan Rodzhan,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
Tel : 04-5512122
Email : skalmaj@streamyx.com