Tahun ini kita di antara 412,000 warga pendidik seluruh negara menyambut Hari Guru 2012 bertemakan GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. Apakah yang dimaksudkan dengan guru inovatif? Apa pula perancangan transformasi pendidikan negara? Guru Inovatif bermaksud warga pendidik tidak perlu terlalu bergantung kepada cara dan pendekatan yang ada, kita perlu mencari satu pendekatan dan strategi-strategi baru bagi menjayakan transformasi pendidikan. Semua ini hanya perlu dicapai apabila kita sebagai guru bersikap inovatif supaya kita menjadi lebih baik daripada orang lain.
Kementerian Pelajaran di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melakukan transformasi pendidikan yang menjadi pendidikan di negara kita lebih cemerlang. Antaranya KSSR, pemansuhan PMR selepas 2014, pentaksiran UPSR yang menggunakan 60% keputusan peperiksaan dengan baki 40% berasaskan taksiran sekolah. Kita semua sedia maklum, untuk melaksanakan semua transformasi pendidikan ia sebenarnya bergantung kepada kekuatan kita sebagai guru. Sebab itu guru inovatif itu penting supaya lonjakan transformasi itu boleh dilakukan lebih jauh.
Oleh itu, ayuh seluruh warga guru SKAJ lakukan perubahan demi anak-anak murid kita, kita kena sentiasa cari pendekatan baru termasuk menggunakan inisatif sendiri dalam sesi pembelajaran dan pengajaran iaitu bagaimana mendidik mengunakan METODOLOGI terkini. Jika kita kreatif dan inovatif murid-murid kita akan lebih terhibur. Apabila tema inovatif dan transformasi itu digabungkan, sistem pendidikan akan lebih maju. Usahlah kita menjadi guru yang bengis, yang kononya ditakuti oleh anak-anak murid kita, sebaliknya ia lebih bermakna seandainya kita adalah guru penyayang. Guru penyayang yang senatiasa mementingkan kualiti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan situasi masa kini.
Cabaran guru masa kini tidak sama dengan masa dulu. Kita terpaksa berdepan dengan ibu bapa yang mempunyai pendidikan, tahu hak mereka dan sentiasa menuntut banyak perkara. Ibu bapa semakin berani menggunakan pelbagai saluran untuk bersuara dan memberi tekanan termasuk melalui PIBG. Usahlah kita mengamuk/melenting apabila kita ditegur oleh pihak2 tertentu. Sebaliknya kita haruslah sentiasa memperbaiki setiap kelemahan yang wujud dan mempertingkatkan mutu pengajaran. Jadikan ia sebagai cabaran dalam profesion perguruan masa kini, walaupun kita dibebani dengan berbagai2 tugasan yang sebenarnya banyak meringankan tugasan guru akhirnya (tetapi tidak difahami oleh sesetengah guru!!!) ia sepatutnya tidak mematahkan semangat kita untuk memajukan diri sebagai guru yang cemerlang.
Akhir kata, jadilah guru yang inovatif dan juga guru penyayang. Terima kasih.
SELAMAT HARI GURU.
Akhir kata, jadilah guru yang inovatif dan juga guru penyayang. Terima kasih.
SELAMAT HARI GURU.
Menunggu Siaran Langsung Perutusan Khas Sempena Hari Guru 2012 di RTM1
Ustaz Asshaari bersama dengan bekas-bekas pelajar SKAJ yang telah tamat SPM 2011
Cikgu Rabitah bersama bekas murid tersayang SKAJ
Terima kasih atas ingatan Hari Guru daripada Umno Bahagian Bukit Mertajam
Istimewa kek daripada Ustazah Nazlina buat rakan-rakan guru
No Response to "SELAMAT HARI GURU 2012"
Post a Comment