Friday, March 2, 2012 0 comments

ATLIT-ATLIT SKAJ MENYINAR DI STADIUM BM








Kejohanan Olahraga sudah berakhir...tahniah kepada adik Diana yang menerima pingat gangsa 200m kategori perempuan kelas 4, atlit-atlit lelaki pula mendapat Johan 4x100m kelas 3 dan adik Rabiatul Adarwiyah menerima pingat emas bagi acara 200m dan gangsa bagi acara 100 m kelas 3. Tahniah juga kepada jurulatih-jurulatih yang terdiri daripada guru-guru yang sentiasa memberi komitmen dalam memastikan atlit-atlit kita beraksi dengan baik di stadium BM. Terima kasih kepada Puan Guru Besar, Puan Norsiah Ahmad yang sentiasa turun padang memberi sokongan pada setiap acara/lapangan yang dipertandingkan.Kepada guru-guru SKAJ yang 'sporting' memberi kebenaran kepada anak-anak murid menjalani latihan di padang sekolah tidak dilupakan, terima kasih banyak-banyak. Sesungguhnya kejayaan kita adalah kerjasama daripada seluruh warga SKAJ.



No Response to "ATLIT-ATLIT SKAJ MENYINAR DI STADIUM BM"

Post a Comment

PENAFIAN :
Pengurusan SK Alma Jaya tidak bertanggungjawab terhadap
sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan
maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
SK ALMA JAYA
Jalan Rodzhan,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
Tel : 04-5512122
Email : skalmaj@streamyx.com