Saturday, February 11, 2012 0 comments

JOGATHON 2012

Salam buat semua....

Syukur alhamdulillah...bertarikh 11 Februari 2012, PIBG SK Alma Jaya telah berjaya menganjurkan larian sempena Hari Jogathon Peringkat Sekolah. Program bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir 1.10 petang. Sebaik sahaja tamat larian dan waktu rehat, majlis penyampaian hadiah diadakan kepada semua pemenang larian kategori lelaki dan perempuan. Hadiah juga diberikan kepada pelajar-pelajar yang berjaya membuat kutipan terbanyak. Hari ini merupakan hari yang amat mengembirakan kepada semua pelajar  SK Alma Jaya kerana mereka dikejutkan dengan acara CABUTAN BERTUAH yang dimenangi oleh semua pelajar. Nampaknya, para guru SKAJ langsung tidak 'bertuah' kerana tiada langsung CABUTAN BERTUAH buat mereka. Tahniah dan syabas kepada seluruh warga SKAJ dan pihak PIBG yang berjaya menganjurkan HARI JOGATHON PERINGKAT SEKOLAH 2012.






































No Response to "JOGATHON 2012"

Post a Comment

PENAFIAN :
Pengurusan SK Alma Jaya tidak bertanggungjawab terhadap
sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan
maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
SK ALMA JAYA
Jalan Rodzhan,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
Tel : 04-5512122
Email : skalmaj@streamyx.com