Seramai 586 guru besar dan 2800 guru serta kakitangan sokongan sekolah terpilih menerima ganjaran yang diperkenalkan menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) hasil kecemerlangan meningkatkan pencapaian sekolah untuk melepasi sasaran yang ditetapkan.
Anugerah Tawaran Baru adalah satu inisiatif yang diperkenalkan kerajaan pada awal tahun ini di bawah NKRA Pendidikan bagi memberi ganjaran dan pengiktirafan kepada pengetua dan guru besar dalam usaha melonjakkan kecemerlangan sekolah.
(sumber : Berita Harian 1 Mac 2011)
Tahniah kepada seluruh warga SK ALMA JAYA kerana sekolah kita telah terpilih menerima
ANUGERAH TAWARAN BARU.
ANUGERAH TAWARAN BARU.
" Kami hargai usaha kerajaan menganugerahkan ganjaran ini. Ia secara tidak langsung dapat membantu kami meningkatkan semangat kami untuk terus berkhidmat dengan cemerlang dan kami berazam untuk memastikan SKAJ terus cemerlang pada masa-masa akan datang"
No Response to "ANUGERAH TAWARAN BARU"
Post a Comment