Laman blog ini didedikasikan khas untuk SK Alma Jaya, Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru yang dihormati, para pelajar dan semua warga sekolah. Saya bersyukur kerana laman blog ini telah berjaya dihasilkan dan amat mengalu-alukan mana-mana pihak yang sudi menyumbangkan artikel, gambar-gambar ataupun info berkaitan SK Alma Jaya untuk disiarkan dalam blog. Lampirkan fail dan hantar ke zalynnda78@yahoo.com.my. Sekian terima kasih.
PARA PENDIDIK
VISI SEKOLAH
SEKOLAH ALMA JAYA CEMERLANG 2015
MISI SEKOLAH
UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI KEPADA PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN ALMA JAYA DALAM MENGHASILKAN PELAJAR YANG BERILMU PENGETAHUAN, JATI DIRI, BERAKHLAK MULIA DAN CERGAS SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
PUNCAK JAYA
ANUGERAH SEKOLAH TERBILANG 2006
ANUGERAH TAWARAN BARU 2011
ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK GRED PURATA MATAPELAJARAN BM PEMAHAMAN UPSR 2013
ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK GRED PURATA MATAPELAJARAN BM PENULISAN UPSR 2013
ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK DALAM SEMUA MATAPELAJARAN UPSR 2013
ANUGERAH PENCAPAIAN AKADEMIK 10 TERBAIK GPS UPSR 2013
ANUGERAH PENCAPAIAN PENINGKATAN GPS MELEBIHI 0.02(SASARAN JPN) UPSR 2013
Something to be share with all of you this spirit song...when things seems gone wrong, when someone disappoint you, or let you down, please don't lose your faith..keep believe in yourself..
everything happens for a reason..nothing happen by chance or by means of good or bad luck all occur to test the limits of the soul..
I am great, I will always be great, I was born great..and I will live great. My greatness comes from my success..my success comes from my hard word my hard work comes from my talent..my greatness is inspiration...when something happen to you..try to learn..learning to understand rather than immediately judge or to be judge...
If you can find beauty in the colours of a small flowers, then you still have hope. If you can look to the past and smile, then you still have hope.
So..Insyaallah..moga tahun 2012 yang akan menjelma lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya..perbaiki diri, teruskan berjuang dan jangan putus asa..
Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga SKAJ, murid-murid dan guru-guru. Saya pasti kalian semua sudah membuat perancangan percutian bersama keluarga ke destinasi-destinasi yang ingin dituju. Moga percutian yang dirancang memberi manfaat kepada seisi keluarga.
Di sini ingin dikongsi bersama, gambar-gambar sewaktu perhimpunan akhir di sekolah pada 14 Nov 2011. Moga pada tahun-tahun yang akan datang, pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan dengan lebih banyak lagi. Syabas dan teruskan usaha yang gemilang.
Kepada yang berjaya tahniah diucapkan dan kepada yang tidak berjaya usaha lagi bagi mencipta kejayaan dalam peperiksaan yang akan datang...selagi kita ada kemahuan untuk terus mencipta kejayaan ia pasti milik kita..insyaallah. Selamat Memasuki Alam Persekolahan Menengah yang lebih mencabar dan mendewasakan. SELAMAT MAJU JAYA.
( Bekas Pelajar Cemerlang Tahun 6 (1990) SK(P) Jalan Batu 1, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur)
Salam buat semua, tahniah dan syabas kepada semua pelajar-pelajar Tahun 6 yang memperolehi 5A, 4A dan 3A . Tahniah juga kepada semua guru yang berhempas pulas menjayakan setiap program dan gerak gempur yang telah dirancang oleh sekolah bagi memastikan kecemerlangan terus menjadi milik kita. Tahun ini kita memperolehi 24 orang 5A iaitu 16% daripada keseluruhan pelajar. Peratus lulus keseluruhan UPSR meningkat sebanyak 6.5% iaitu daripada 72% ke 78.5%. PIhak sekolah iaitu Pihak Pentadbir yang terdiri daripada Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, barisan tenaga pengajar Tahun 6 sentiasa merangka, merombak dan melaksanakan setiap program yang dirancang bagi tujuan penambahbaikan dan pemantapan prestasi setiap calon UPSR. Headcount pencapaian setiap calon UPSR juga sentiasa dirujuk dan dikaji dalam mesyuarat-mesyuarat post mortem Tahun 6 yang selalu diadakan di sekolah bagi mengenalpasti masalah pembelajaran calon UPSR.
Berikut adalah keputusan penuh pencapaian calon UPSR dalam UPSR 2011.
SK Alma Jaya menunjukkan peningkatan kepada semua subjek namun tidak berlaku kepada subjek Sains yang menunjukkan sedikit penurunan iaitu sebanyak 4.81%. Ini disokong dengan
merujuk kepada Utusan Malaysia, 18 Nov 2011, prestasi keseluruhan matapelajaran Sains menurun dengan GPMP sebanyak 0.03 berbanding 2010 apabila peratus calon yang mendapat Gred A dan gred ABC juga menurun masing-masing sebanyak 2.0 peratus dan 0.8 peratus. Bagi matapelajaran BM-Penulisan pula prestasi bagi gred ABC meningkat sebanyak 2.9% walaupun prestasi gred A menurun sebanyak 0.6%.
Pencapaian 2011, dengan prestasi keseluruhan UPSR yang meningkat sentiasa membakar semangat guru-guru untuk terus mencurahkan segala ilmu dan khidmat bakti kepada pelajar-pelajar Tahun 6. Walaubagaimanapun kejayaan ini tidak akan dicapai tanpa sokongan daripada ibubapa calon UPSR dan PIBG amnya . Jutaan terima kasih kepada ibu bapa calon UPSR 2011 yang sentiasa memantau perkembangan pembelajaran anak-anak dirumah dan menyokong setiap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Doa dan sokongan anda semua sentiasa memastikan SK Alma Jaya terus gemilang. Terima kasih semua.