Friday, March 11, 2011 0 comments

PERTANDINGAN MTQ 8 MAC 2011

Setinggi ucapan tahniah kepada seluruh warga SKAJ terutamanya Panitia Pendidikan Agama Islam di atas kejayaan pelajar-pelajar ini yang telah mengharumkan nama sekolah dalam PERTANDINGAN MAJLIS TADARUS AL-QURAN(MTQ) PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH pada 8 Mac 2011

Adik Maisarah Mohamad
JOHAN BERCERITA(P) KISAH DARI AL-QURAN

Adik Amirah
JOHAN HAFAZAN (P)

Adik Mohamad Izzat bin Zulkifli
TEMPAT KE-3 BERCERITA (L)

Kejayaan adik Maisarah dan Amirah sekaligus melayakkan mereka mewakili daerah ke Peringkat Negeri nanti. Marilah kita seluruh warga sekolah mendoakan kejayaan terus mengiringi mereka kelak.Insyaallah.


Sunday, March 6, 2011 0 comments

MINGGU GALAKAN MEMBACA 2011

Minggu Galakan Membaca anjuran Pusat Sumber SK Alma Jaya kini berlangsung dari 7 Mac hingga 10 Mac 2011. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Alma Jaya , Puan Norsiah Ahmad pada jam 8.00 pagi di tapak perhimpunan SK Alma Jaya. Berbagai-bagai aktiviti dan program telah diatur sepanjang Minggu Galakan Membaca. Berikut adalah program yang telah disusun oleh Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah :-

a) Pertandingan Jejak Maklumat
b) Spelling (Tahap 2)
c) Mari Mengeja (Tahap 1)
d) Pertandingan Sudut Nilam Kelas (Tahap 1 & 2)
e) Nyanyian Lagu Minggu Membaca
f) Bahan Bacaan Dewan dan POndok
e) Pameran Anti Dadah

Friday, March 4, 2011 0 comments

KITA JOHAN LAGI...KEJOHANAN TENPIN BOLING


Alhamdulillah...Adik Nur Fatini Najwa bt Mohd Nasser telah menjadi JOHAN di KEJOHANAN TENPIN BOLING MSSPP PERINGKAT NEGERI yang telah berlangsung pada 3 Mac 2011 di Sunshine Square, Bayan Baru, Pulau Pinang. Kejayaan ini sekaligus melayakkan dirinya mewakili negeri pada peringkat kebangsaan di Melaka pada bulan April ini. Tahniah dan syabas. Semoga berjaya di peringkat kebangsaan nanti!

SKAJ JOHAN KEJOHANAN BOLA JARING












We are the champion................ tahniah dan syabas kepada pasukan bola jaring sekolah yang telah menjuarai Kejohanan Bola Jaring 12TKB MSSPP Zon Bukit Mertajam. Kejohanan ini telah berlangsung selama 3 hari  iaitu pada 1 Mac 2011 hingga 3 Mac 2011 di Padang SK Machang Bubok II.

PENAFIAN :
Pengurusan SK Alma Jaya tidak bertanggungjawab terhadap
sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan
maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
SK ALMA JAYA
Jalan Rodzhan,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
Tel : 04-5512122
Email : skalmaj@streamyx.com