Tuesday, March 6, 2012 0 comments

Minggu Anti Dadah (5 Mac -9 Mac)

Minggu ini Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Alma Jaya menganjurkan Minggu Anti Dadah. Puan Guru Besar, Puan Norsiah bt Ahmad telah merasmikan Minggu Anti Dadah yang akan berlangsung selama satu minggu iaitu bermula 5 Mac hingga 9 Mac 2012.





LAGU ANTI DADAH

Dadah durjana, kau penghancur bangsa,
kau musuh rakyat, kau musuh negara,
Kini kami teguh, kini kami kuat,
Dadah kami gempur,
Hancur dadah, jaya rakyat.
Kami anti dadah, kami benci padamu,
Sekutu kita perangi dadah
Mulia bangsa tanpamu
Mari semua, mari saudara, jangan habiskan usia muda
semangat bangsa bergelora
Tanpa dadah, kita berjasa

(ulang sekali lagi)

IKRAR ANTI DADAH

Bahawasanya kami murid-murid Sekola Kebangsaan Alma Jaya
Berikrar:
Untuk memerangi najis dadah pada setiap masa,
Menjauhi diri daripada gejala najis dadah,
Memastikan sekolah bebas daripada pengaruh dadah,
Mewujudkan keluarga bahagia tanpa dadah,
Mencegah pengedaran dadah dalam masyarakat,
Menerapkan nilai-nilai agama untuk membanteras dadah,
Dan membantu segala usaha kerajaan membebaskan Negara daripada ancaman dadah.

Sekolah Bebas dadah Tahun 2012
Negara Bebas Dadah Tahun 2015

"1 MALAYSIA BENCI DADAH " (LAUNG 3X)



Friday, March 2, 2012 0 comments

ATLIT-ATLIT SKAJ MENYINAR DI STADIUM BM








Kejohanan Olahraga sudah berakhir...tahniah kepada adik Diana yang menerima pingat gangsa 200m kategori perempuan kelas 4, atlit-atlit lelaki pula mendapat Johan 4x100m kelas 3 dan adik Rabiatul Adarwiyah menerima pingat emas bagi acara 200m dan gangsa bagi acara 100 m kelas 3. Tahniah juga kepada jurulatih-jurulatih yang terdiri daripada guru-guru yang sentiasa memberi komitmen dalam memastikan atlit-atlit kita beraksi dengan baik di stadium BM. Terima kasih kepada Puan Guru Besar, Puan Norsiah Ahmad yang sentiasa turun padang memberi sokongan pada setiap acara/lapangan yang dipertandingkan.Kepada guru-guru SKAJ yang 'sporting' memberi kebenaran kepada anak-anak murid menjalani latihan di padang sekolah tidak dilupakan, terima kasih banyak-banyak. Sesungguhnya kejayaan kita adalah kerjasama daripada seluruh warga SKAJ.



PENAFIAN :
Pengurusan SK Alma Jaya tidak bertanggungjawab terhadap
sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan
maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
SK ALMA JAYA
Jalan Rodzhan,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
Tel : 04-5512122
Email : skalmaj@streamyx.com