Saturday, July 23, 2011 0 comments

DEMAM SAPS.....

Apa itu SAPS..? 


Berdasarkan keputusan mesyuarat bersama Unit NKRA KPM, ketetapan telah dibuat bahawa semua guru SEKOLAH RENDAHdan SEKOLAH MENENGAH seluruh negara perlu mengisi markah ujian dan peperiksaan hanya melalui SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS). Ini bermakna semua sistem yang digunakan di JPN seperti ISIS akan dimansuhkan. Sehubungan dengan itu, semua guru SEKOLAH RENDAH dan SEKOLAH MENENGAH TERMASUK SBP perlu mengisi markahUJIAN BULAN MAC, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN, PEPERIKSAAN PERCUBAAN/UJIAN BULAN OGOS DAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN di SAPS ini. 



Maksud lain....??? 

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. 


SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN,  PPD dan Sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.


Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis. 


SAPS juga boleh bertindak sebagai ”Early Warning System” kepada pihak pengurusan melalui Analisis TOV (Take Of Value), AR (Actual Result), dan ETR (Expected Target Result).


Kepada semua guru SKAJ selamat menyiapkan tugasan dan tanggungjawab dalam tempoh 


masa yang ditetapkan iaitu tarikh akhir adalah pada 30 Julai 2011.





Klik gambar iklan di atas untuk ke laman web saps.






Friday, July 8, 2011 0 comments

Larian 1Murid, 1Sukan 1Malaysia



SK Alma Jaya telah menyahut seruan kerajaan dengan 

mengadakan Larian 1Murid 1Sukan yang diadakan 

serentak seluruh negara pada 2 Julai 2011. Semua 

pelajar telah berkumpul di tapak perhimpunan tepat 

jam 7.00 pagi. Acara dimulakan dengan aktiviti senam 

robik. Larian bermula pada pukul 7.45 pagi dengan 

dilepaskan oleh Guru Besar, Puan Norsiah bt Ahmad. 

Selepas larian tamat, upacara penyampaian hadiah 

diadakan. Tahniah kepada semua warga SKAJ yang 

telah menjayakan aktiviti ini.






KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-15

Kejohanan Sukan Tahunan SK ALMA JAYA kali ke-15 telah diadakan pada 25 Jun 2011 dengan dirasmikan oleh Tuan Hj Alias bin Dato' Haji Ismail , YDP PIBG. Acara dimulakan pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahhari.

Keputusan Kejohanan :

Johan Keseluruhan : Rumah Kuning
Naib Johan               : Rumah Merah
Tempat  Ke-3           : Rumah Biru
Tempat Ke-4            : Rumah Hijau

Johan Perbarisan    : Rumah Biru.

Tahniah dan syabas kepada semua warga SKAJ dan murid-murid yang sentiasa memastikan kejohanan ini berjalan dengan lancar.




















PENAFIAN :
Pengurusan SK Alma Jaya tidak bertanggungjawab terhadap
sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan
maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
SK ALMA JAYA
Jalan Rodzhan,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
Tel : 04-5512122
Email : skalmaj@streamyx.com