Friday, December 31, 2010 0 comments

LDP 1

TAJUK LDP 1   : SISTEM PENTAKSIRAN PERINGKAT KEBANGSAAN (SPPK)
TEMPAT         : MAKMAL KOMPUTER
TARIKH          : 31 DISEMBER 2010
MASA             : 8.30 PAGI - 12.30 TGH HARI


LDP ini disampaikan oleh Encik Azmi bin Abu Bakar ( JU )dari SK Tanah Liat.













Saturday, December 11, 2010 0 comments

TAHNIAH...MENGGENGGAM SEGULUNG IJAZAH

 

TAHNIAH KEPADA CIKGU KAMAL DAN CIKGU MOHD RODZHAN PADA MAJLIS KONVOKESYEN KE-9 OUM PADA 23 NOV 2010. SEMOGA TERUS BERSEMANGAT MENABUR BAKTI DI BUMI SKAJ.

Thursday, December 9, 2010 0 comments

SEKALUNG PENGHARGAAN...

   
                                 CIK NOORLAILY MD TAHIR   PN. ZALINA YUSSOF
                                           SK Sungai Puyu                  SK Permatang Buloh


                                       
                                     EN. ARIFF ADHA       ENCIK RADZUAN OSMAN
                                              Bukit Mertajam       Pegawai PPD Daerah Timur Laut

Terima kasih di atas pengorbanan dan bakti yang dicurahkan dalam mendidik pelajar-pelajar SKAJ dengan penuh hemah dan dedikasi selama berada di sini. Semoga terus cemerlang di mana jua ada berada.Kami sentiasa merindui anda semua...

                                                                                           

APC 2009

                                    PN.ZURAIDA ABDULLAH   PN. RABITAH AHMAD


     
                                PN.NORHASHIMAH JAAFAR    PN.SEETHA A/P SUBRAMANIAM
                                                                                                                                    

 
                                                     EN.ISHAK RAMLI

Ucapan tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010  yang telah diadakan pada 27 April 2010 di SMK Permatang Pasir.Kecemerlangan anda semua sentiasa menyuntik semangat guru-guru SKAJ

Wednesday, December 8, 2010 0 comments

SAYONARA USTAZ FAZLON


Sayonara...ungkapan perpisahan ditujukan khas buat Ustaz Fazlon yang akan mula bertugas di tempat baru pada Januari tahun 2011. Terima kasih di atas bakti dan sumbangan selama berada di SKAJ.Semoga terus sukses dan gemilang.

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

  
PERASMIAN 

WARGA IPT (USM, UITM & WAWASAN OPEN UNIVERSITY)

PENYAMPAIAN HADIAH KATEGORI MENCIPTA LAYANG-LAYANG

PERTANDINGAN MENCIPTA PAPAN CONGKAK DARIPADA BAHAN TERBUANG

KOLAM POPULAR DI KALANGAN MASYARAKAT INDIA

PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU?

PERMAINAN BATU SEREMBAN

UPACARA PERASMIAN 

PERMAINAN GALAH PANJANG

PERMAINAN KEJAR-KEJAR

PONDOK MAKLUMAT HOMESTAY DI SEKITAR PULAU PINANG

PERMAINAN GASING


Karnival Permainan Tradisional yang diadakan pada 5 Oktober 2010 yang lalu merupakan projek usahasama yang melibatkan tiga buah institusi pengajian tinggi tempatan iaitu Universiti Sains Malaysia, Unversiti Teknologi Mara, Wawasan Open University dan Sekolah Kebangsaan Alma Jaya. Projek ini sejajar dengan pengiktirafan Pulau Pinang sebagai HERITAGE CITY  pada 7 Julai 2010 yang lalu. Tujuan projek perintis ini adalah untuk membantu meningkatkan kesedaran para pelajar dan para pendidik di Pulau Pinang tentang pentingkan menghargai permainan warisan budaya yang semakin dilupakan.










AKTIVTI-AKTIVITI SEKOLAH SEPANJANG TAHUN

BARISAN PARA PENDIDIK

BARISAN TENAGA PENGAJAR SK.ALMA JAYA SESI 2010


PARA PENDIDIK YANG BERDEDIKASI


MENDIDIK ANAK BANGSA


SAWADHEEKAP....TRIP TO HATYAI

WIRA & WIRAWATI UPSR 2010

AMBIL KEPUTUSAN

TAHNIAH 5A

ALHAMDULILLAH...5A UPSR

SERONOKNYA....5A

WIRA-WIRA 5A UPSR

SYABAS...5A

CONGRATULATIONS

SABAR MENANTI.....PELAJAR DAN IBU BAPA

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PELAJAR YANG MENDAPAT 5A DALAM PEPERIKSAAAN UPSR 2010 DAN SEMUA GURU-GURU YANG MEMBIMBING. PADA TAHUN INI SERAMAI 28 ORANG PELAJAR SK ALMA JAYA MENDAPAT 5A  BAGI SEMUA MATAPELAJARAN DAN SK ALMA JAYA MASIH MENGEKALKAN PERATUSAN GRED A BAGI SEMUA MATAPELAJARAN. MOGA SK ALMA JAYA TERUS CEMERLANG DAN GEMILANG.

TERAS PENDIDIKAN

1.      Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan
2.      Bekerja dengan penuh tanggungjawab
3.      Berusaha mengikis sikap dan mementingkan diri sendiri
4.      Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
5.      Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
6.      Berpegang teguh kepada ajaran agama

MATLAMAT PENDIDIKAN KEBANGSAAN

·        Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
·        Melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia dan berketrampilan
·        Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
·        Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA(KPM)

Mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang mempunyai daya ketahanan tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "

PENAFIAN :
Pengurusan SK Alma Jaya tidak bertanggungjawab terhadap
sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan
maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
SK ALMA JAYA
Jalan Rodzhan,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
Tel : 04-5512122
Email : skalmaj@streamyx.com